Kenapa aku tidak menarik di pandangan mata orang?

June 21st, 2009 by dimiey

Assalamualaikum..

Lama sangat dah aku tak menulis blog ni.. entahlaa.. tak ingat dah last bila (malas nak cek tarikh blog terakhir :P) yg pasti, sejak aku datang ke Sarawak ni, mmg ni laa first time aku menaip di blog ni..

Banyak benda yang aku nak kisahkan tentang kehidupan aku kat sini, tapi seme macam come and gone.. ilham selalu timbul masa solat, abih solat abih puhhh.. nampak sangat aku kena gangguan setan masa solat dop? Ish ish ish.. tak khusyuk solat aku.. ish ish ish.. kena pelbetulkan balik niat solat aku nih..

Errmm.. citer aku kali ni, adalah berkisar tentang personaliti aku..

“Kenapa aku tidak menarik di pandangan mata orang?”

Memang soklan yang memeningkan kepala. Lelaki, mmg tak minat kat aku. Pompuan lak, kawan ngan aku pasal nak tumpang apa yang aku ada.. Jadi aku tertanya2 sendirian di kala ini.. “kenapa setiap kali aku buka mulut, takdak orang nak dengaq? adakah sebab aku kekurangan ekspresi? muka aku kaku ke masa aku bercakap? atau muka ceria aku ketika bercerita menyebabkan orang lain pk aku main2? atau.. mmg cerita aku langsung tak besh di dengar? atau mmg aku ni, takde hidden talent langsung dalam bab berciter? atau, pasal aku tak nak menipu dalam satu cerita, jadi citer aku langsung tak menarik? atau sebab aku ni cepat lupa tentang fakta yang aku sendiri hadapinya, tapi bila aku nak cerita balik pada orang, aku sendiri lupa???”

aku akui mmg cara aku bercerita tu tak menarik langsung.. bahasa yang aku guna agak janggal ataupun takde keunikan langsung.. pastu lak aku banyak berpk tentang ayat yang aku nak guna sebelum bercerite.. selalu gak jadi kes.. “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya” atau mmg aku kena menangis dulu, tunjuk air mata, tunjuk espresi sedih, baru orang nak beri tumpuan mendengar aduan aku?

memang selalu sangat kisah aku takde ending sebab tak diberi peluang untuk mengendingkannya.. kadang2 tu aku merajuk dulu sebab kawan bercakap aku tu bercakap lebih banyak dari aku ketika aku tengah berciter.. ha’ah.. aku kuat merajuk skrg, sbb aku perasan orang tak amik endah pada citer aku.. sedih kang? aku kadang2 rasa mcm orang bodoh jer berciter sesuatu pada orang2 yg tak amik tau pasal perasaan membernye ni.. tullll.. aku kuat majuk skrg.. banding dulu aku tak amik kisah langsung, tapi skrg aku terpaksa amik kisah pasal.. baru aku perasan, aku tak penah diberi perhatian..

hidup aku tak macam orang lain.. ada mak untuk share citer.. ada ayah untuk mendengar aduan kite.. no no no.. aku tak ley wat camtu ngan mak ayah aku.. janggal.. (anah! senyap!) aku lagi senang berciter ngan sepupu or mak sedara.. ntahlaa belalang.. sebab tu bila aku tau orang tu selalu buat aktiviti ngan mak dia, bercerita, bershopping, ber apa2.. aku rasa sedikit cemburu sbb aku segan nak wat gitu ngan mak aku.. agaknye, sbb tu personaliti aku lain sket dari lain..

satu perkara yang aku dulu rasa bangga dgn diri aku adalah.. aku mmg pendengar yg baik.. orang nak ngadu mende2 kat aku, bole ajer.. ngadu laa.. aku dengar, aku bagi pendapat, aku try tolong kalu aku ley tolong.. tapi lama2 aku tersedar.. orang yg datang mengadu kat aku tu, tak penah pun nak dengar aduan aku pada dia.. seolah2 aku ni cumalah kawan untuk dia.. bukannya kawan dia.. sebab tu bila aku sedar ada orang buat macam tu kat aku, aku perlahan-lahan tinggalkan dia.. janganlah salahkan aku sbb tinggalkan kawan, sbb aku cuma tinggalkan orang yg hipokrit dgn aku..

skrg.. orang masih wat gitu ngan aku.. kadang tu, aku terpaksa senyumkan muka aku, ceriakan ayat aku.. sebab takde guna pun tunjuk air muka monyok, mata sembab, mulut masam cattung sbb takdok orang nak dengar pun mende aku kata.. ayat pertama depa, “nape lain macam saja tu” cumalah ayat ending untuk menghentikan kesedihan aku.. tak penah sempat pun aku nak ngadu, atau tak abih pun ayat aku nak ngadu..

kadang2 ada jenis bodoh keldai, contoh, dia tanya “sihat ke?” aku jawab “sihat.. sikit2″ tapi takde lak si keldai bangang tu tanya aku balik, nape sihat sikit2? terus dia menyampaikan agendanya tanpa memikirkan pihak kite.. orang macam ni mmg keldai.. hipokrit! berkawan ngan kite utk kepentingan dia.. bukannya nak amik berat pasal kite..

tak.. tak.. tak.. aku tak mintak orang amik berat pasal aku.. kalu tak, takdenye aku tergila2 nak duk sorang2 diri dulu.. aku cuma nak orang prihatin sikit jer pasal aku.. tak yah laa melebih2.. idup aku ni dah biasa sangat berseorangan, sampai dah terbiasa sangat pun hidup berseorangan, dan rasanya mmg akan terus berseorangan sebab ditinggalkan berseorangan.. orang tak amik kisah tentang well-being aku, pasal emosi..

paling aku benci skrg.. orang tanya aku.. “bila nak kawen?”, “dah ada pakwe ke?”, “single lagi ke?” soklan ni betul2 kacau emosi aku, dan orang terus serang direct emosi aku.. mcm aku ni betul2 tak layak utk beremosi bila dengar soklan macam tu.. tolonglaaa.. korang dah buat aku kacau, pastu korang kacau lagi aku.. macam manalaaa jiwa aku tak kacau, haaa? taulaa korang tu dah kawen, ada pakwe makwe yg dah lama sangat ngan korang dan mmg nak kawen dah, atau dah bertunang atau baru bertunang, tapi consideratelaa pasal member yang takde sape2 dalam idup ni.. nak cari pasangan idup bukannye benda senang.. mereka bukannya cicak yang kita bole tangkap kat rumah, atau semut yg kita bila2 masa bole jumpa dalam air masak, ataupun anjing yg datang merempat kat rumah mintak berteduh, atau kangkung yg mengharapkan siraman air sebab kemarau.. no no no.. mereka orang, dan mereka takut dengan aku.. takut dengan personaliti aku yg dah betul2 kacau ni..

orang selalu kata aku garang, jadi? adakah salah menjadi garang? adakah garang itu adalah sikap yg bukan dicipta oleh Allah tapi oleh iblis? adakah iblis itu tercipta dgn sendirinya? ha? jawab!!!
aku dah jumpa macam2 jenis orang.. orang yg lagi garang dari aku pun aku penah jumpa, tapi elok jer aku kawan nga dia, takde pun dia nak meletup tiba2.. sebab apa? sebab aku pandai jaga hati kawan tu.. aku tau macam mana personaliti dia, amik hati dia.. ada orang buat macam tu kat aku? ada? ada? ada? langsung tak ada! orang terus serang aku garang, pastu mintak aku sendiri betulkan diri aku garang.. gilerr.. tu nama kawan tinggal kawan.. aku sendiri pun tolong2 kawan betulkan diri dia mana yg aku nampak tak elok.. bukan nak kata aku betul tapi tengok cara kite, kite bole tolong tolong kawan kite.. bukan terus kata.. “engko busuk!”, “engko kuat fitnah!” “engko ni ckp tak penah tapis2″

yang mengaku kenal aku pun last2 mcm tak kenal aku langsung.. aahhh.. bab kawan yg ngaku kenal aku ni laa paling nyakitkan hati.. dan sampai skrg aku terasa ngan dia.. berubah terus.. agaknya sebab kawen kut??? ada dia cek dalam gambo kawen dia.. “ehh? demi ada mari kenduri kawen aku, tapi kenapa takde satu pun gambo aku sekali ngan dia ekk?” ada? ada dia pk gitu? atau dia salahkan aku.. “oooo.. demi takmo langsung bergambo ngan aku..” ellooooo! hari tu hari sapeee? sape kawen hari tu??? aku ke koooo? haa? aku dahlaa takdok kamera, tepon black n white, sekadar leh sms member “aku kat kenduri kawen tuttttt ni”.. bukti yg aku hadir kenduri kawen dia.. the end!

tahla aku nak marah sape.. yg penting.. mungkin personaliti aku mmg teruk sampaikan kawan baik sejak skolah wat gitu ke aku.. mungkinlah kut.. pasal aku ni sekadar keje cikgu jer, nak banding ngan kawan2 aku yg lain keje hebat2.. engineer, doktor, system analyst, petronas.. pergghhh.. kalu aku citer pasal keje kawan aku kat orang2 dalam bidang guru ni, agak2 penah tak mereka bertanya ekk kenapa aku ada kawan yg keje hebat2??? entahla belalangggg..

jadi.. kenapa aku tak menarik langsung pada pandangan mata sesape pun? even pada orang2 yg dekat ngan aku??? atau mmg aku dicipta utk diguna2 oleh semua orang, bila depa dah dapat apa yg depa mau, atau tercapainya impian depa, aku mereka boleh lupakan..

atau mmg gunanya aku ni sekadar utk menautkan kasih sayang antara sahabat ini dgn sahabat lagi satu, dgn membuat gathering atau reunion? sebab aku perasan.. kawan2 aku ni slalu tanya aku soklan ni.. “bila nak bergathering lagi?” “bila nak berTT lagi?”, takde pun kata.. “jom Demi, kite gi makan sama2, tengok wayang sama2, main boling sama2..” sebab aku bukan kawan dia, cumalah sorang penganjur majlis gathering.. sh**!

aku ni mmg langsung tak menarik langsung yaaa??? kesiannnnnn.. menangislaaa ko sorang2 Demi.. takde orang amik kisah pasal emosi kau pun.. janji depa dapat gaji depa bulan2.. sudahhhhhh..

Spirits of the Olympic

August 23rd, 2008 by dimiey

Assalamualaikum..

Aku mmg sukakan Olimpik. Start Barcelona 1992 yg memberikan persembahan pembukaan yang paling menarik dalam sejarah perasmian (bagi akulah) hinggalah ke Beijing 2000. Aku mula berminat untuk mengikuti sama acara-acara yang dipertandingkan, tetapi tentunya acara yang menarik minat aku adalah olahraga, renang, gimnastik.. sama macam semua manusia dalam dunia ni yang majoritinya paling berminat dengan 3 acara ini. Cakap pasal bola, ayah ngan adik aku sendiri tidak berminat dgn perlawanan bola dalam Olimpik. Mungkin sebab pemain2nya masih muda (kecuali 3 orang, yang lain semuanya bawah 23 tahun) dan tidak dikenali maka mereka tiada minat untuk menonton. Lagipun masa perlawanan bola sepak final sendiri tidak sesuai. Ada kee dibuatnya tengah hari??? Gilo ke apo..

Okay.. back to me! Back to meee…! I’m the focus here…! Hahahaha..! Well, satu-satunya Olimpik yang aku tak ley nak follow bebetul start dari pembukaan dia.. Sydney 2000. Masa tu aku kat UTM, duk blok G06 KRP yang ngok ngek tu…! Dahla blok tu ngok ngek.. siaran TV pun ngok ngek. Aku terpaksa tengok tv yg blur, yg hitam yg.. tahlaa.. Mulanya aku bertahan gak depan tv tu selama sejam tapi dah lama makin teruk sangat, aku pun blahlaa…! Buang masa jer.. Macam2 benda aku tak dapat tengok.. Apa aku tengok pun aku tak tau laaa.. Sampaikan ke acara2 dia pun aku tak dapat folo. Masa tu lak aku jarang beli paper.. Aiiihhh…! Atas sebab tulaa (salah satu sebab sampingan) aku sanggup tinggal di rumah sewa dari tinggal kat blok macam tu.. Eeeyyyuuuwwww.. Teringat2 zaman tu.. Tak sanggup ehhh nak ingat!

Aku pun tak leh nak citer satu demi satu pasal setiap Olimpik yang aku tengok, pasal ingatan aku sendiri pun tahap ngok ngek jugak! Dan aku jugak tak berminat utk ikuti perkembangan ahli sukan Malaysia. Serius buang masa…! Apa? Apa? Apa? Aku patut bagi sokongan pada mereka??? Aku tengok diorg dalam TV pun bukannya diorang tahu…! Apa rraaaaa…! Pelik aku ngan atlit2 kita ni… Seme matlamat tahap cipan belaka.. orang lain pergi masuk Olimpik target nak dapat emas, ni tahap nak pecahkan rekod kebangsaan laa.. nak masuk saringan kedua laa.. apalaa.. Pelik2.. Heran sungguh aku! Atlit China tu sama saiz jer ngan atlit Cina Malaysia ni. Tapi atas sebab apa pulak China bole bersaing sampai ke tahap pingat, kita pulak tahap bersaing nak masuk top 24 jer??? (Ni aku amik contoh terjun ekk) Jurulatih diorang hebat??? Bukan jurulatih yg Malaysia hire pun hebat2 gak ke??? Pelik.. pelik.. Mesti masalah mental lagi ni.. Rupanya atlit Malaysia ni ada penyakit mental yaa???

Tngk pada badminton. Jurulatih beregu Rexy Mainaki, he was tip top in the world during his time. Kalau Rexy Mainaki tu gi Thailand ke, Singapore ke.. aku rasa Rexy boleh lahirkan juara dunia beregu yang boleh tahan kat takhta no 1 lebih dari 6 bulan! Boleh lahirkan pemenang pingat emas.. Skrg ni pun, Rexy dah hasilkan beregu2 unggul di dunia tapi mental loose pulak pemain2 kita ni. Sakit tul hati ni.. Soal gaduh2 tu taruk tepi laa dulu. Tak pun isytihar laa awal2.. "I cannot play with him because we have major private problems! I cannot be professional when it’s come to him!" Aiihhhh…! Memang tak profesional pun pemain Malaysia ni!

Timbul rasa terkilan dalam diri ni sebab tak boleh berserius dalam bidang taekwondo. Aku dulu kang pernah join tournament 3 kali dan pernah menang pingat emas. Dan aku mmg rindu untuk sparring lagi! Aaaiihhh…! Kenapalah aku tak serius masa masuk UTM dulu ekk??? (Sebab ahli taekwondo UTM langsung tak besh!) Skrg ni pun, nak sambung balik belajo pun rasa mcm terlewat dah.. Aku dah umur 26 tahun pun! Belt pulak masih biru sejak kuar form 5 dulu.. Aiiihhh.. ruginye..

So??? Aku sebagai seorang guru PJK.. akan buat yang terbaik untuk melahirkan ahli2 sukan yang bakal berjaya di dunia. Tak taulaa mcm mana nak buat tapi aku tak nak budak2 ni pandang rendah pada sukan. Aku belajo bersungguh2 kat maktab ni supaya aku boleh ajar balik teknik2 yg betul pada bakal murid2 aku ni. Aku nak latih mental mereka jadi lebih kuat, jadi lebih teguh, jadi lebih lapar dengan kejayaan.. kalau aku tak dapat masuk Olimpik dah, biar mereka pulak yang banggakan aku dengan kejayaan mereka!

Baru beberapa hari lepas aku mimpi dapat pingat di Olimpik.. hahahahahahaha..

Inilah cita-cita aku sebagai seorang guru sukan…

Aku tak tahu aku tak puas hati pasal apa

August 20th, 2008 by dimiey

Assalamualaikum..

Where should i start??? Sejak akhir-akhir ni timbul ketakpuasan hati dalam diri aku.. Entahlah aku tak puas hati pasal apa.. Tapi, rasanya.. lebih separuh pasal hidup single ni.. hahaha.. balik2 cakap pasal single.. dahlaa tulis dalam blog. Sampai adik aku Anah tu pun mempergunakan balik apa aku citer dalam ni untuk mengejek aku.. Yerlaaa.. aku ni takde pakwe.. bukannye mudah nakkan seseorang.. dan.. bukan mudah nak lupakan seseorang..

Mungkin aku tak layan orang dengan baik kuttt? Sebab tu orang tak layan aku dengan baik. Bila ditoleh-toleh ke belakang, mmg kawan-kawan aku (yg tak berapa rapat dengan aku) jarang ambik kisah pasal aku. Dan kadang-kadang, yang selalu menyakitkan hati, mereka buat macam aku nilaaa salah sorang dari kawan yang rapat dengan mereka. Tapi aku perlukan perhatian, mereka lupakan aku. Agaknyaaa.. aku ni terlalu banyak cakap, sampai mereka tak nak dengar cakap aku. Mereka pintas kata-kata aku sebelum aku habis berbicara, padahal masa tu aku sedang rancak berkata-kata. Aiihhh.. tak menarik sangat ke cerita aku tu sampai mereka sanggup potong kata-kata aku??? Aku terasa hati, sampai ke tahap.. aku dah takkan sambung citer aku. Bila mereka tanya apa kesudahan cerita tu, aku cuma cakap "tak de mende ehh" dengan suara datar, tanda hilang mood. Terasa tau??? Macam kita ni bukan watak penting kat situ. Aiihhh..

Apa sebenarnya aku nak cakap ni??? Ketakpuasanhati aku pada siapa??? Aku jugak tak puas hati dengan ex aku.. hari tu beriya-iya mintak nombor aku ngan Chinorot lepas chino sampaikan pesan aku, ucap happy birthday pada aku. Dia call tapi aku tak sempat angkat. Then aku anta mesej.. sampai skrg dia tak balas. Perangai dia tak berubah!!! Aaarrrggghhhhh! Sampai skrg imej dia ada dalam kepala aku.. kenapa org macam tu yang aku sayang??? Skrg mmg susah nak buang dia dari ingatan aku.. dan aku pulak teringat2 kenangan aku dgn dia..

Maka.. Ya Allah.. hampirkanlah aku dengan seorang lelaki yang boleh memikat hati aku, dan yang tak akan potong kata-kata aku bila aku bercerita.. yg tak sama perangai macam pakcik.. yg tak sama perangai mcm kawan2 aku ni (yg bukan kawan baik aku laaa..)

Dan.. aku mmg bersyukur ada kawan-kawan baik yg mmg aku akui, korang memang kawan baik aku. Kawan-kawan aku nilaa yg sanggup bersusah payah tolong aku time aku dalam kesusahan. Aku tahu, jasa aku pada diorang belum terbalas lagi. Dan aku pulak jenis buat perangai. Memang semua kawan-kawan baik aku ni dah penah kenan ngan aku.. Chah dah kena perang dingin 3 bulan ngan aku, Hati dah marah kat aku tak kontek dia masa dia patah tangan, Faizah pun aku banyak susahkan dia especially time kitorang duk serumah dulu. Ermm.. sape lagi kawan baik aku yaa? Budak2 PC tu pun ramai yg jadi kawan baik aku.. tapi maaf sebab tak sebut nama korang.. aku kan jenis tak ingat member.. sebab tu Hati dah pernah terasa ngan aku..

Jadinye.. aku masih tak faham dengan ketakpuasan hati aku.. tapi aku nak mintak maaf dengan kawan2 aku.. aku bersalah bila aku mmg betul2 bersalah..

Nak mencari orang

August 13th, 2008 by dimiey

Assalamualaikum Warahmatullah…

Laaaama sangat dah aku tak tulis blog di sini. Tapi kebetulan pula malam ni aku agak free dan ada kesempatan untuk berinternet ni.. maka di sini aku mahu berkongsi satu cerita dalam blog ni.

Aku dulu pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntung tahun 1988, masa aku berumur 6 tahun. Sengaja ayah aku masukkan aku dalam Darjah 1 di sekolah dia mengajar sebab aku ni terlalu nakal ketika belajar di Tadika yang bersebelahan dengan rumah arwah mak saudara aku. Hari pertama aku pergi ke sekolah ni, aku dipimpin oleh ayah melangkah ke kelas 1 Biru. Aku rasa, kelas aku dulu adalah 1 Biru, atau mungkin 1 Merah.. aku dah tak teringat. Sebab banyak sangat kaitan aku dengan warna Merah dalam hidup aku ni menyebabkan aku sungguh keliru sekali dengan kisah silam aku. Apa-apa pun, masa ayah bagi secebis kertas yang tertulis nama aku pada guru kelas aku (pun aku tak ingat siapa nama dia, Norhayati kee???) barulah aku tahu… nama aku adalah Damithah. Bayangkanlah… sepanjang aku belajar di Tadika masa umur 5 tahun, aku dipanggil Along jer. Jadi aku memang dah beranggapan nama aku adalah Along sehinggalah aku masuk ke sekolah tu.

Agaknyalah… katakanlah aku masuk Tadika umur 6 tahun. Kan ada penganugerahan sijil kepada murid Tadika yang tamat pengajian. Agaknyalah, kalau pengerusi sebut nama Damithah Mohamad, aku naik ke tak ekkk untuk ambik sijil tu ekk??? Entahlah… (Aku sendiri tak pernah rasa majlis graduasi hinggalah tamat Tingkatan 5)

Okay.. sepanjang aku bersekolah di SKBG tu.. banyak kisah-kisah menyeronokkan dan juga kisah yang memalukan yang aku takkan cerita pada orang sepanjang hayat aku. Dan banyak kisah yang aku sendiri sudah terlupa. Tapi ada satu kisah yang aku takkan lupa sampai bila-bila, dan kisah tersebut terimbau semula ketika aku sedang memujuk sorang budak Tahun 3 yang mengamuk tidak dapat memukul rakan sekelasnya.

Kisahnya begini… masa aku 6 tahun tu, aku gaaaaraang sangat! Yalahhh… anak cikgu sekolah tu, dan pulak memang aku belajo jadi garang dari orang gaji aku masa tu dan sepupu aku (anak arwah mak sedara aku yang duk sebelah Tadika tu) Aku rasa masa tu, aku memang “ek” dengan status anak Cikgu Mat. Huhuhu. Satu hari, entah apa jadi, aku tak ingat.. yang aku ingat aku telah menyebabkan seorang budak lelaki menangis. Budak tu memang rakan sekelas aku. Dan aku ingat lagi saat-saat aku diherdik kawan-kawan sekelas kerana menyebabkan dia menangis. Dan aku masih ingat aku pegang rotan bulu ayam masa tu. Aku tahu aku rotan budak tu. Mesti kuat aku rotan dia sampai dia menangis macam tu. Dan apa yang berlaku seterusnya… budak tu mengadu pada ayahnya tentang kes tersebut. Dan apa yang berlaku selepas itu??? Budak lelaki tu berpindah terus dari sekolah tu, ke sekolah lain. Aduuhhh…! Apa nak jadilah dengan aku masa kecik dulu yaa?

Tapi, masa aku tengah pujuk budak Tahun 3 tu, memang aku teringat kisah tu. Dan aku sedih bila ada cikgu bercakap pada budak tu macam budak tu terlalu teruk. Aku sendiri naik terasa mendengarnya. Sedangkan aku sendiri ada pengalaman buruk dengan guru aku (walaupun secara tak langsung), menyebabkan aku tak leh terima dengan guru yang cakap macam dia seorang jer yang betul. Huhhh…! Tak boleh terima!

Apa-apa pun…! Memandangkan Friendster adalah tempat yang boleh menjejak semula kawan lama, di sini ingin aku nyatakan keinginan aku mengenali semula mamat yang pernah menjadi budak lelaki yang menangis teruk lepas dirotan oleh seorang budak perempuan yang muda setahun dari dia, iaitu aku. Aku sendiri rasa mamat tu takkan cerita kisah tersebut pada sesiapa. Yalah! Benda macam ni pastinya menjatuhkan maruah seorang lelaki sebab menangis bila dipukul, tapi, talk to the truth… Kita ni manusia, ada kelemahan masing-masing. Kalau boleh aku nak mintak maaf pada dia depan-depan. Tapi rasanya memang sukar nak jumpa dia kecuali bila kita semua kat Padang Mahsyar tu. Masa tu dah terlambat untuk mengungkapkan maaf. Jadi, kepada saudara yang pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntung dalam tahun 1 Biru, tempoh yang sekejap, tahun 1988, kemudian bertukar ke sekolah lain selepas dipukul oleh seorang budak perempuan yang berbadan besar dari dia, saya nak mintak maaf banyak-banyak. Saya memang tak ada akal yang waras dulu-dulu. Tapi Insya Allah, kini saya tak pukul orang sesuka hati lagi. Even dengan murid-murid pun saya ragu-ragu nak cubit. Maafkan saya kalau masa depan saudara hancur… Tahniah jika masa depan saudara makin cemerlang selepas bertukar sekolah.

Hahhh…

Entah-entah, mamat ni pernah jadi senior aku masa kat SMKA Tok Jiring dulu takkkk??? Who knows??? Only Allah knows the truth…

Plan baik punyeee..

December 25th, 2007 by dimiey

Assalamualaikum..

Hmmmmmmm.. (smiling face)..
X sabar nak balik kampung..
Mak ayah balik dari Mekah tahun baru..
Dan aku.. sambil nyelam sambil minum air oren..
Plan plan plan..
Ya Allah, jadikanlah rancangan aku ni..
dan jadikanlah doaku..
Amin..

Demi - Linksys Technical Support - 26/12/2007

Today, I was on radio!!!!

November 29th, 2007 by dimiey

Today.. aku join Dead or Alive game on radio Fly Fm.. huhuhu.. tak dapat CD misteri sebab salah jawab soalan no 3.. rugiiiii!!!

I need A-K-A-U-N-S-E-L-I-N-G

November 9th, 2007 by dimiey
Assalamualaikum..
Bila dah jadi single balik ni, barulaa aku rajin nak update blog aku.. huhu.. nampak sngt aku ni jenis tak kisah dunia masa bahagia dulu ekk? kononlaa bahagia.. hahaha.. konon jeekk..
Hari ni dah last day Syawal tahun ni.. aduhlaa.. tak lengkap jugak pose 6 aku tahun ni.. tahun ni ramadan aku mmg pose penuh.. jadi aku duk tertunggu bila bulan aku nak turun, jadi terbawak2 perasaan yg kononnye.. "hari ni aku mesti **TTuutt**, jadi tak yah pose laa.." last2, dekat2 nak ujung baru bulan aku turun.. aduhlaa.. lagi 3 hari jerk utk jadikan aku pose setahun.. rugi2.. tahun lepas pun situasi yg sama, tapi tahun lepas tak cukup sehari jerk.. aiihh..
17 Nov ni mak ayah aku fly gi Mekah.. ni pun aku tau dari adik aku.. huhu.. dan sampai skrg aku tak tepon lagi mak aku.. :D bnyk tul alasan aku nak tepon nih.. nak beli topup celcom laa.. nak call hari dia cuti laaa.. padahal skrg dah start cuti sekolah pun.. ayah aku mmg ada kat umah setiap masa, maklumlahhh.. pensioner.. hari2 masak n jaga adik aku.. tapi aku mmg tak pandai nak ckp ngan ayah aku.. aku akan ckp ngan dia hanya utk perkara2 yg penting jerk.. nak tanya soalan remeh, jgn harap.. aku takkan tanya, ayah aku pun takkan tanya.. agaknye, bila aku dah keje kat tempat baru ni laa aku pandai sikit nak berciter ngan ayah aku.. kalu tak sebelum ni.. noooo wayyy!
ekceli, ni 2nd time la mak ayah aku gi Haji.. 1st diorg gi tahun 1998.. masa tu aku dah masuk mrsm dan mmg x reti nak mintak balik kg time tu.. kali ni lak, aku keje kat sini, so agak ssh nk mintak cuti psl bnyk sngt songehnye.. ahh! baik jerk aku gi kompleks tabung haji kelana jaya n jumpa mak ayah aku kat situ.. mak sedara aku, Ngah pun join sekali sbb nak tumpang mahram psl ayah aku tu adik dia..
kalu kira, Ngah laa org first dari kalangan family aku yg tau aku single balik.. hahahaha.. dah dia tanya, aku jawab jerlee.. pastu bole pulak dia ckp aku ni ckp kasar sngtlaa apa laa.. haa! aku apa lagi? lawan baliklaa.. pantang org tuduh aku bukan2.. aku tau, first time aku tinggi suara ngan pakcik masa dia duk buat bunyi yg aku tak suka.. aku mmg dah warning kat dia, jgn buat jgn buat jgn buat.. dia buat jugak.. aahh! tp masa tu pun aku mmg dah takde apa2 ngan dia, so suka aku laa kalu nak naik marah ngan dia pun.. kenalaa pandai cari alasan utk buat dia putus harap terus ngan aku.. hehehe..
bkn apa.. aku takut jadi kes mcm Anah tu.. aku ni dulu ada kawan ngan sorg mamat ni, Fadli kut nama dia? lupa dah.. ntah camne, mamat ni bole keep track ngan aku balik.. mmg bila aku dengar suara dia aku nak naik marah.. benci meluap2.. adalaa satu hari tu, aku marah dia tp suara aku mmg tahap kontrol giler tp mmg dah dasar suara kuat nak mampus, Anah kata org lain dgr apa aku ckp.. pastu dia duk kesiankan si Fadli tu.. pastu pastu pastu? Skrg ni mamat tu nak mengendeng ngan Anah pulak.. kang dah kena.. tulaaa.. kalu org lain tak suka tu, ada sebablaa tu.. skrg dah rasa perasaan susah hati bila dikaco org, padan muka!
anyway.. aku ni kena gi kaunseling benci laa.. dang aku benci, habislaaa.. marah aku naik meluap2.. kena gi kaunseling marah gak ni.. sjk akhir2 ni aku mmg cepat meletup! pressure apa tah.. bnyk sngt benda aku tak suka keliling aku.. tp aku rasa, aku tau reason dia dan mmg aku tak buat benda tu.. Insya Allah.. aku akan buat balik supaya aku bole jadi tenang balik..
so, doakan aku utk dapat ketenangan diri balik.. okay???

Berita yang aku tak rasa sedih pun..

November 8th, 2007 by dimiey
Assalamualaikum..
Korang mesti pernah direjek oleh orang yg korang suka kan? (Pada sape2 yg lawa & diminati ramai, tak yah jawab) Samada korang pernah mengaku atau tak (perasan ditolak secara 3D.. :P ), janji korang mmg rasa sangat korang direjek..
Aku mmg rasa aku mmg direjek oleh mamat ni (bukan pakcik..) Aku penah ngaku kat dia aku suka kat dia.. aahhh! giler berani aku buat macam tu.. satu sebab psl aku ni jenis tak penyabo dan tak leh nak tunggu.. so aku terus terang secara berani mati.. sampai sudah mamat tu tak balas.. aaahhh! takpe.. aku faham.. org mcm aku ni mmg jenis yang tak layak duduk atas takhta hati sape2.. even aku sendiri segan ngan diri sendiri pasal rasa tak layak pun aku sayang diri sendiri..
tapi kang.. kang.. kang..
kenapa laaa aku selalu dapat mimpi yg besh ngan mamat aku suka ni? kenapa yek? mimpi besh mcm mana tu.. mimpi yg dia mmg suka aku, dan selalu tersenyum bila nampak aku.. padahal tak penah pun aku tengok dia senyum mcm tu dalam dunia realiti.. jadi, sah2 mimpi tu buatan syaitan or hati aku sendiri yang nak sedapkan hati sendiri.. tp aku mmg dah ckp ngan diri sendiri.. aku takkan dapat dia so aku mmg tak bg harapan langsung laa.. tp nape selalu dapat mimpi mcm tu???
bila dah dapat mimpi camtu.. dgn sendirinya hati aku terubat.. tak pasal2 aku sayang dia balik.. adeihlaaa.. tolonglaaa.. aku takmo dahhh.. susah betul nak go on ngan org lain.. sebab hati aku jenis duk mengingat org2 yg aku suka ni.. kalu dulu budak siam tu, pastu mr. z.. aaiihhh..
anyway.. utk pengetahuan seme org yg ingat aku akan kawen dalam masa yang dekat ni or sape2 jer laa yg tau dan nak tau..
AKU DAH PUTUS DENGAN PAKCIK.. betul ckp kak amal, aku mmg takde pengalaman pastu gatal nak ckp pasal kawen.. aihhh.. ingatkan bole laa jadi mcm pali ngan nadiah yg kawen lepas seminggu kenal.. tapi, nasib baiklaaa Allah tak jodohkan aku ngan pakcik ni serta-merta.. kurang2 wajah sebenar kita akan terlihat bila masa menyingkap pergi..
so, skrg??? aku nak mengorat customer aku..
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
bosan…

Citer binatang kat umah aku..

November 1st, 2007 by dimiey

Kat rumah aku sekarang, banyak sangat binatangnye.. ada kucing, ada anjing, ada tikut, ada semut, ada nyamuk, ada lipas, ada cicak, ada belalang.. so hari ni, aku terbukak hati nak citer pasal binatang yang menginap di sekitar kediaman aku ni.. kebetulan pulak aku skrg ni mmg duk sorang diri.. psl hosmet aku yg sorang tu tak reti nak balik umah.. huhu.. takpe.. den tak kisah.. aku rasa dia takut ngan lipas2 yang menginap dalam bilik air tu.. ;D

ok.. mula2 citer pasal semut.. kat umah aku ni, semut dia jenis yang kurus kering dan lari laju dan senang dibunuh kalu terpijak tu (pendek kata pepatah pijak semut tak mati tu langsung tak boleh digunapakai pada semut nih).. ok.. tabiat semut ni suka pindah randah.. suka benor ngangkut telur2 diorg tu pindah sarang ni, pindah sarang tu.. pastu, semut2 ni gi gali dinding umah aku semata2 nak buat sarang diorg.. tak pun bawah tikar getah ke, bawah bakul kain ke.. janji boleh buat sarang, pastu esok lusa pindah tempat lain lak.. ngok laa semut ni.. suka tul pindah2.. last2 satu hari diorg buat dalam bilik aku.. aku apa lagi??? mengamuk aaaa.. tak penah2 aku nak sembur diorg, hari tu terus aku ridsect diorg sampai kiok.. geram tul.. duk diam2 bole tak???

pastu citer pasal nyamuk.. bilik aku tu gelap sebab ada satu tingkap jerk.. tu pun tingkap nako.. aku biarkan tingkap tu terbukak sebab nak udara masuk.. tp, nyamuk2 telah menyalahgunakan tingkap dan bilik aku tu utk dijadikan tempat diorg berehat dan berlindung dari cahaya matahari pastu malam hari serang org.. time aku balik dari keje, berterbangan nyamuk2 tu bila aku sentuh tempat diorg relax mcm baju itam ke, tempat2 gelap ke.. lama2.. dah hari2 aku duk halau diorg keluar ikut tingkap yang satu tu pastu masuk balik.. aku mengamuk lagi.. aku beli ridsect, terus sembur satu bilik.. bukak lampu tutup pintu.. 30 minit lepas tu bukak balik pintu, adalaaa lebih 30 ekor nyamuk atas lantai.. tu tak taulaa atas tilam ke, baju ke.. berapa bnyk.. aku bior laa sekejap, malas nak masuk bilik sebab still bau ridsect.. masuk balik dalam bilik, separuh nyamuk dah takde pasal dah kena kebas ngan semut2 tadi.. :D pendek kata semut tu pengemas umah aku laa.. mana2 yg aku malas nak sapu, seme diorg bedal.. :> skrg, dah takde nyamuk rilek dalam bilik aku dah pasal aku dah lama tak bukak tingkap.. :D cukup2 laa aku perang ngan nyamuk..

kucing.. umah aku pun bnyk kucing.. depan umah kucing lain, blkg umah kucing lain.. ada sekor kucing ni, suka lepak kat tepi pintu dapur tu.. so aku pun bglaa dia kain yg aku mmg nak buang utk dia tido.. aku nak laa jugak berbaik2 ngan kucing ni.. kucing ni cuba nak masuk umah aku tp aku tak penah bg.. pastu, agaknya satu hari tu, aku bg dia makanan, semut api rembat dulu makanan tu, jadi dia kena gigit masa makan.. lepas tu dia dah takmo tido kat situ dah.. takut kena gigit lagi kut.. aiihh.. semut api niii.. tp aku mmg selalu buang tulang2 ikan or ayam, bg kucing makan.. sayang nak buang dalam tong sampah.. :P tp yg tak beshnye psl kucing2 ni.. diorg buang ayak besar diorg atas rumput yg memanjang kat belakang umah aku, dan jugak dpn umah aku.. aduhlaa.. hari tu terpijak, seksa aku nak buang bau dalam keter aku.. aduhleee.. kucing2.. takde pasir, rumput pun jadilaaa..

anjing.. diorg ni berkumpulan.. malam2 merayau cari makanan, siang hari entah lepak kat mana.. pasal aku ni kuar dari umah pagi2 hari.. kul 5 pagi, so penahla satu hari tu.. ada laa 5 6 ekor anjing jalan perlahan2 menuju ke arah aku.. sbnrnye bkn ke arah aku pun, tp pasal keter aku tu blok jalan tu, mcm ke arah aku lee.. saspen gak aku.. takut2 ada anjing yg pegi serang aku pasal tiba2 jer undur keter.. dan takut gak aku kalu terlanggar diorg.. pagi2 mmg selalu tengok anjing ni lepak tepi jalan.. semalam, aku tengok ada kucing ngan anjing lepak sama2.. aku rasa, pepatah bagai anjing dgn kucing tu takleh dipakai utk maksud negatif kat malaysia ni.. psl aku mmg tak penah tengok anjing ngan kucing gaduh.. :>

apa lak? tikus.. aaihh.. second day aku duk umah tu.. aku nampak bangkai tikus dalam longkang bahana kucing.. kucing ni pun satu.. yg tak habiskan terus santapan tu apasal? bior jer dalam longkang tu buat pekasam pastu baru nak baham balik.. kita yg tengok ni terjerit2 psl terkejut ngan geli.. pastu adalaa sekali minggu lepas, aku nak keluar masuk toilet (pintu toilet umah aku luar rumah).. baru bangun pagi pukul 4.20.. bukak pintu, terus nampak bangkai tikus, siap usus terkeluar lagi.. aarrggghhh! terkejut aku.. nak masuk toilet pun takut.. tak leh jadi ni.. kang kucing tu tak datang balik cek tikus tu kang.. susah aku pulak nanti.. aku tahan gaklaa nak terkucil tu, gi amik surat khabar, tutup tikus tu, pastu tolak tikus tu kuar dari pintu gril.. jantung dia tertinggal.. eeeeeyyyuuuuu.. aku terus basuh lantai tu.. balik petang tu, bangkai dah takde dah.. tapi bau tinggal.. aaarrgghhh! tension!!!

last.. lipas.. smlm aku mengamuk.. umah aku mmg bnyk lipas.. beranak pinak.. sebab aku mmg jenis bior.. lagi diorg tak ganggu aku, lagi tu aku tak apa2 kan.. tp semalam, gunung berapi meletup.. aku nak terkucil ni, masuk tandas, tengok2 ada lipas kat dalam mangkuk toilet tu.. aku takut lipas tu merayap kat aku pulak jadi aku sembur air pada dia, masuk dalam lubang.. lipas tu berusaha balik naik ke atas, aku sembur air lagi dan lagi.. tp tak jugak lipas tu jatuh dalam air.. aku ingat nak pam terus bila dia jatuh dalam air tapi dia manage merayap balik ke dinding lubang toilet.. aku pun, terus masuk dalam umah, amik ridsect sembur terus.. pastu aku sembur gak dalam lubang air bilik air aku.. tu mmg sarang diorg.. kuar dua ekor lipas dewasa ngan lipas kecik2.. pastu aku masuk tido.. pagi tadi aku bangun, nak gi masuk toilet.. aku tengok ada dua ekor lipas kat dinding luar.. terkejut aku.. terus aku sembur, kebetulan ridsect sebelah aku jer masa tu.. rupanya, salah sekor tu mmg dah kena sembur tp dia kuat sebab leh tahan pening, tp bila kena ridsect lagi sekali, terus dia jatuh bedebuk.. wahhh.. lipas sekarang dah tak makan ridsect yeee.. takpe takpe.. aku cari lain lak lain kali.. :(

pastu ada sekor belalang cacat yg dulu nginap kat pokok bunga ros aku.. skrg dah takde.. belalang tu besar gak.. kaki dia tercabut kutt.. so dia terpaksa lepak kat pokok tu jer.. agaknye dia jadi camtu sebab aku takkk? sebab hari tu aku gi beli gunting daun, dan potong rumput yang panjang2 depan umah aku tu.. so maybe aku terpotong kaki dia ataupun terpijak kaki dia.. siannn dia..

cicak lak.. skrg ni tak banyak lagi.. tapi aku kena ikut ckp shahril.. kalu kite buat tak endah dengan cicak, lama2 nanti diorg naik mua dan langsung tak takut kat kita, pastu buang najis diorg suka2 hati merata tempat.. jadi aku kena mula educate cicak2 ni dari sekarang.. huhuhu..

apa lagi binatang lain?? kelkatu.. setakat ni, serangan belum banyak lagi.. psl aku mmg tak bukak tingkap kuttt? kumbang pun takde sangat.. so tu laa citer binatang kat umah aku.. jangan buat aku marah naaaa.. :D

24 Jun 2007 - Gi Cameron Highland ngan Pakcik!

June 25th, 2007 by dimiey

Assalamualaikum..

huhu.. aku ingat nak upload gambo aku ngan pakcik aku gi Cameron semalam.. hehehe..

tapi.. pasal aku pakai pc kat cc.. ragu2 pulak dengan tahap keselamatan anti virus kat sini.. so.. tak dpt lee nak upload gambo kami pegi sana..

huhu.. tak plan langsung nak gi Cameron Highland tp pasal tak tau nak gi mana kat tanjung malim semalam, kami pun gerakkan keter ke Cameron.. hihihi..

so.. tu jerlah.. rasa lama sangat dah aku tak tulis blog.. repot la sket2.. huhuhu..

Tata!